rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

www.facebook.com/KELAB PENCINTA GAHARU (sila click link pada gambar di bawah)

Wednesday, August 19, 2009

GAHARU BERNILAI DISEBABKAN IANYA BERGUNA DI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


Catatan sejarah zaman berzaman menunjukkan bahawa gaharu mempunyai pelbagai kegunaan dan pakar-pakar gaharu telah mengkatogorikannya ke dalam beberapa kumpulan;
1. Ubat-ubatan;
2. Wangi-wangian;
3. Setanggi; dan
4. Lain-lain

Namun begitu, ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan semua produk yang berkaitan dengan wangi-wangian...Minyak Gaharu(Oudh oil).
Oudh Oil adalah hasil perahan kayu racik, kayu racik nipis, dan kayu gaharu yang dilumatkan menjadi serbuk. Kayu racik atau serbuk gaharu ini akan diperam selama beberapa hari sebelum melalui proses penyulingan.
Minyak yang terhasil dari penyulingan inilah yang digunakan untuk menjadi asas membuat pelbagai minyak wangi berjenama yang ada di dunia sekarang.
Selain dibuat minyak, terdapat juga kepingan gaharu yang dijual untuk dibakar terus. Amalan ini biasa diamalkan di Timur Tengah, mereka menggunakan asap gaharu untuk mewangikan rumah kediaman.

Di India pula, Minyak Gaharu dicampur dengan pelbagai ramuan lain bagi menghasilkan minyak attar, dan pasarannya ialah umat Islam serata dunia. Digunakan semasa ibadat kerana umat islam digalakkan menggunakan minyak wangi yang tidak beralkohol.
Minyak Gaharu biasanya dicampur denganpelbagai ramuan bagi menghasilkan minyak wangi pelbagai gred… awas saja, jangan tertipu bila ada penjual yang mendakwa mereka menjual minyak gaharu tulin. Lagi pun mengikut pasaran sekarang, minyak gaharu tulin gred tinggi bernilai 50K perkilo. Di Limbang sendiri khabarnya terdapat sebuah kilang yang memproses minyak gaharu, Cuma GGL belum berkesempantan melawat ke sana.
Minyak Gaharu memiliki haruman yang unik dan menusuk kalbu. Tidak hairanlah masyarakat arab sejak zaman-berzaman menggemari Oudh Oil.


Hadis;
Salman Al Farisi (RA) meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (SAW) bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa mandi pada hari Jumaat dan mensucikan dirinya sebaik yang mungkin kemudian membubuh minyak pada rambutnya dan minyak wangi pada dirinya dan terus pergi (ke masjid) untuk bersembahyang Jumaat dan merapatkan saf sembahyangnya dan bersembahyang bersungguh-sungguh kerana Allah SWT dan tidak berkata-kata semasa khatib berkhutbah maka Allah ampunkan dosanya dari Jumaat yang lepas hinggalah pada hari jumaat itu.” (Hadis Nombor 883, Sahih Bukhari)



Gaharu yang telah dijadikan habuk diperam bersama air selama beberapa hari sebelum melalui penyulingan untuk menghasilkan minyak gaharu


Minyak gaharu yang paling hitam adalah yang paling tinggi mutunya


Minyak Gaharu Gred AAAA



Ini adalah minyak oudh yang saya dapat melalui kiriman dari saudi - terima kasih buat Abah HJ Markasan & Ustz. Hamim Jazuli

No comments: