rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

www.facebook.com/KELAB PENCINTA GAHARU (sila click link pada gambar di bawah)

Tuesday, August 18, 2009

Pokok Gaharu Liar yang dijumpai oleh Group Gaharu Limbang


Pohon gaharu yang unik.... batangnya berkembar tiga... menunggu masa untuk diinokulasi...

Malaccensis dewasa yang terdapat di tanah En. Dubi bukan hanya sepohon sahaja... mungkin ada lima pohon atau lebih. GGL bercadang untuk mencuba inokulan formula dari pontianak untuk pohon ini... InsyaAllah berjaya.

Sedang asyik GGL mencabut anak2 pokok gaharu sempat juga tangkap gambar daunnya sebelum cabut... daunnya lembut.

Inilah pohon Malaccensis dewasa yang dijumpai di tanah En. Dubi yang asalnya pohon pokok ini berkembar dua.

Tuan pokok, En Dubi(otai gaharu Limbang) memerhatikan bekas tuaiannya tahun lepas. Suatu masa dahulu, beliau juga selalu keluar masuk hutan Limbang bersama rakan2nya (penan) mencari gaharu... tidak hairanlah beliau amat kenal akan pohon gaharu ini. Tetapi pada masa itu, beliau belum tahu lagi tentang teknik inokulasi sehinggalah diberi penerangan terperinci daripada GGL. Menurut En.Dubi pokok ini sudah ada sejak ibu beliau masih kecil lagi dan anggaran umur untuk pokok ini ialah lebih 80 tahun.(mungkin lebih)

Seronok juga lama tak masuk hutan... sambil memerhatikan pokok gaharu liar dewasa, tangan pula terasa gatal mahu mencabut anak pokok yang banyak sekali disekeliling pohon besar. Banyak juga yang GGL kumpul.

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum bos....

blog yang hebat, memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang tradisi yang lama dilupakan. Memberi pulangan yang cukup hebat, pelaburan dalam pertanian sememangnya kukuh kerana pasaran memang telah sedia ada dan sejak dahulu permintaannya sampai sekarang tidak pernah putus. Tambahan, dengan teknologi yang maju sekarang hanya memakan masa yang singkat dapat memberi pulangan yang hebat... SYABAS...
satu penghormatan yang tinggi kepada anak jati Sarawak yang telah mengusahakan bidang ini...