rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

www.facebook.com/KELAB PENCINTA GAHARU (sila click link pada gambar di bawah)

Monday, August 24, 2009

Berminat untuk menanam gaharu?

KAWASAN YANG SESUAI MENANAM ENGKARAS (POKOK GAHARU)

ENGKARAS sesuai di tanam berbukit dan dataran rendah 0-1000 meter dari aras laut. Ia dikatakan paling subur pada ketinggian sekitar 500 dari aras laut dengan suhu 26-32 darjah dengan kadar cahaya matahari 70%.
Tanah jenis lempong dan liat berpasir dengan pH tanah antara 4-6. Sebenarnya menanam engkaras tidak banyak masalah, sama seperti menanam pokok getah dan pokok buah-buahan yang biasa kita tanam kecualilah tanah paya(pH masam). Tanah yang berhampiran paya biasanya serasi untuk menanam gaharu.
Di daerah Medamit, Limbang Sarawak, pokok gaharu sering dijumpai di dalam kebun getah lama dan kebun buah-buahan. Ini terbukti dengan penemuan 5 pohon gaharu dewasa anggaran umur 50 hingga 80 tahun ke atas di sekitar kebun getah lama milik keluarga En. Nicholas Dubi oleh GGL baru-baru ini.
Dengan penemuan ini, GGL telah mengambil langkah untuk menjual anak-anak pokok gaharu(spesis local malaccensis) kepada peminat gaharu Sarawak, sekaligus memberi khidmat melalui seminar dan khursus bagi membantu peminat perusahaan gaharu untuk Berjaya dalam bidang ini …InsyaAllah.

ANAK BENIH spesis local malaccensis ini boleh didapati dari biji/buahnya dan keratan ataupun dari anak-anak pokok yang diambil terus dari hutan.
Buahnya berbentuk kapsul berwarna hijau dan menjadi coklat bila matang. Setiap buahnya mengandungi 3-4 biji benih di dalamnya. Biasanya buah ini akan gugur pada bulan November-Disember. Masa itulah biji benih ini di kumpul dan diedar kepada penempah. Mengikut pengalaman yang ada, sepohon gaharu boleh menghasilkan 1-2 kg biji benih tergantung pada saiz pokoknya. Besar lagi pokok gaharu maka banyaklah buahnya, tergantung rezeki.
Benih ini juga beoleh didapati melalui syarikat/persendirian di semenanjung. Namun harganya agak mustahil untuk orang yang mahu bermula dengan modal yang kecil. Boleh rujuk dengan melayari internet. Tapi awas, benih yang jauh dari musimnya(November-disember) berisiko rosak dan susah hidup tergantung juga cara penyimpanannya.
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila kunjungi blog GGL atau email kami.. khidmat bantuan kami sedia untuk membantu pengusaha di seluruh Sarawak (http://gaharulimbang.blogspot.com)
(email:gaharusuper@yahoo.com, belayongnina@yahoo.com)


ADA TIGA KAEDAH PENANAMAN GAHARU/ENGKARAS
TANAMAN SELANG; TANAMAN CAMPURAN; DAN MONOKULTUR

TANAMAN SELANG
Tanaman selang bermaksud pokok gaharu di tanam di bawah pokok-pokok yang lain seperti ladang sawit, ladang getah, dusun buah-buahan. Ringkasnya, boleh di tanam selang dengan pelbagai jenis pokok. Pokok gaharu sendiri adalah pokok hutan, biasanya pokok hutan senang untuk hidup dan boleh membiasakan diri dengan pelbagai situasi juga… wallahualam.
Untuk mengetahui teknik menanamnya pula, pihak kami boleh dihubungi melalui email atau boleh hubungi terus melalui telefon. Selalunya, setiap pengusaha yang berurusan dengan pihak kami akan diberi khidmat sepanjang mengusahakan gaharu termasuk proses memasukkan vaksin atau inokulan untuk memaksa pokok mengeluarkan gaharu bila pokok sedia.
PEMELIHARAAN dalam mengusahakan gaharu tidaklah sesukar yang dijangka. Pengusaha boleh mengamalkan konsep; tanam, tinggal, vaksin, tuai, dan jual. Melainkan pengusaha mahu proses memasukkan vaksin berlaku cepat pokok bolehlah di baja, ditebas dan sebagainya untuk memaksimumkan tumbesaran.
Sesiapa yang khuatir tidak mampu menampung kos untuk proses inokulasi pada masa hadapan, pihak kami bersedia berkerjasama untuk menjayakannya. Setakat ini pun kami telah merancang untuk menjalankan proses inokulasi pada pokok-pokok gaharu liar yang ada di daerah Limbang ini… Dengan izin-Nya, usaha ini akan Berjaya.


BUAH GAHARU










POKOK-POKOK GAHARU YANG DI JUMPAI DI KEBUN DAN PINGGIR HUTAN SEKITAR DAERAH LIMBANG


Seorang hakim dan pujangga Mesir di kurun ke-8 Masihi bernama Muhammad ibn Idris As-Shafi’e (Imam Shafi’e) bermadah:

Emas lidak lebih dari habuk bila ia masih berada di dalam perut bumi
Dan oudh di negara asalnya tidak lebih dari sejenis kayu api

Wednesday, August 19, 2009

GAHARU BERNILAI DISEBABKAN IANYA BERGUNA DI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


Catatan sejarah zaman berzaman menunjukkan bahawa gaharu mempunyai pelbagai kegunaan dan pakar-pakar gaharu telah mengkatogorikannya ke dalam beberapa kumpulan;
1. Ubat-ubatan;
2. Wangi-wangian;
3. Setanggi; dan
4. Lain-lain

Namun begitu, ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan semua produk yang berkaitan dengan wangi-wangian...Minyak Gaharu(Oudh oil).
Oudh Oil adalah hasil perahan kayu racik, kayu racik nipis, dan kayu gaharu yang dilumatkan menjadi serbuk. Kayu racik atau serbuk gaharu ini akan diperam selama beberapa hari sebelum melalui proses penyulingan.
Minyak yang terhasil dari penyulingan inilah yang digunakan untuk menjadi asas membuat pelbagai minyak wangi berjenama yang ada di dunia sekarang.
Selain dibuat minyak, terdapat juga kepingan gaharu yang dijual untuk dibakar terus. Amalan ini biasa diamalkan di Timur Tengah, mereka menggunakan asap gaharu untuk mewangikan rumah kediaman.

Di India pula, Minyak Gaharu dicampur dengan pelbagai ramuan lain bagi menghasilkan minyak attar, dan pasarannya ialah umat Islam serata dunia. Digunakan semasa ibadat kerana umat islam digalakkan menggunakan minyak wangi yang tidak beralkohol.
Minyak Gaharu biasanya dicampur denganpelbagai ramuan bagi menghasilkan minyak wangi pelbagai gred… awas saja, jangan tertipu bila ada penjual yang mendakwa mereka menjual minyak gaharu tulin. Lagi pun mengikut pasaran sekarang, minyak gaharu tulin gred tinggi bernilai 50K perkilo. Di Limbang sendiri khabarnya terdapat sebuah kilang yang memproses minyak gaharu, Cuma GGL belum berkesempantan melawat ke sana.
Minyak Gaharu memiliki haruman yang unik dan menusuk kalbu. Tidak hairanlah masyarakat arab sejak zaman-berzaman menggemari Oudh Oil.


Hadis;
Salman Al Farisi (RA) meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (SAW) bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa mandi pada hari Jumaat dan mensucikan dirinya sebaik yang mungkin kemudian membubuh minyak pada rambutnya dan minyak wangi pada dirinya dan terus pergi (ke masjid) untuk bersembahyang Jumaat dan merapatkan saf sembahyangnya dan bersembahyang bersungguh-sungguh kerana Allah SWT dan tidak berkata-kata semasa khatib berkhutbah maka Allah ampunkan dosanya dari Jumaat yang lepas hinggalah pada hari jumaat itu.” (Hadis Nombor 883, Sahih Bukhari)



Gaharu yang telah dijadikan habuk diperam bersama air selama beberapa hari sebelum melalui penyulingan untuk menghasilkan minyak gaharu


Minyak gaharu yang paling hitam adalah yang paling tinggi mutunya


Minyak Gaharu Gred AAAA



Ini adalah minyak oudh yang saya dapat melalui kiriman dari saudi - terima kasih buat Abah HJ Markasan & Ustz. Hamim Jazuli

Anak Pokok Gaharu Boleh Dijadikan Pokok Hiasan






ANAK POKOK GAHARU SESUAI JUGA DIJADIKAN TUMBUHAN HIASAN... SEDAP MATA MEMANDANG, APA LAGI KALAU HASILNYA MENJADI...


BENIH YANG BAIK PASTI TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN.... PERATUS TUMBUH PUN TINGGI NI



Beginilah gayanya hasil dari biji benih yang dibeli. Responnya agak lambat...namun alhamdilillah ada juga yang hidup. Untuk mendapat benih yang baik, tunggulah bulan disember nanti barulah musimnya.


Benih yang baru berbeza daripada benih yang telah lama di simpan. Benih yang masih baru lebih cepat manunjukan tunasnya berbanding benih lama....semestinya.



Tidak mustahil benih yang telah lama di simpan boleh rosak. Pihak yang tidak mengetahuinya pasti berasa kecewa bila benih yang disemai tidak menunjukkan sebarang reaksi positif...hssss

APA DIA GAHARU

Pohon atau pokok gaharu itu adalah sejenis tumbuhan hutan liar malar hijau (evergreen tree), iaitu daunnya tidak pernah luruh.
GELARAN LAIN UNTUK GAHARU; pohon depu, pohon karas, pohon kikaras, pohon tengkaras, pohon engkaras, atau dalam bahasa inggerisnya agarwood atau oloewood atau eaglewood.
Merupakan pohon pelbagai spesis yang tergolong di bawah genera aquilaria.
Dari pohon gaharu yang di serang penyakit atau kulat (fungus) terhasil resin.
RESIN inilah yang beraroma harum dan biasanya dipanggil KAYU GAHARU (BI; agarwood atau Oudh dalam Bahasa Arab.
Bahagian pokok yang sedikit kandungan resin atau damarnya, di bawah 20% akan dihasilkan “minyak gaharu” (Agarwood oil atau Oudh oil)
KAYU GAHARU (bhgn kayu yg beresin) dan MINYAK GAHARU (cecair hasil perahan gaharu racik) adalah 2 produk utama dari pohon gaharu yang berharga.



CERAH ATAU MALAP MASA HADAPAN GAHARU??


BERDASARKAN RUJUKAN DAN PEMBACAAN DARI BEBERAPA BUAH BUKU DAN ARTIKEL DARI BLOGSPOT OTAI-OTAI GAHARU YANG SAYA KENALI TERNYATA ADA BANYAK PENDAPAT YANG DAPAT DISIMPULKAN;

1. MUNCUL JUGA KEBIMBANGAN DARIPADA BEBERAPA ORANG OTAI GAHARU BAHAWA HARGA GAHARU PASTINYA AKAN MURAH SEKIRANYA PENGELUARAN TIDAK DISEIMBANGKAN. LOJIK JUGA, KALAU BEKALAN MELEBIHI PERMINTAAN PASTI HARGA GAHARU AKAN MENJADI MURAH. KEBIMBANGAN INI TIMBUL MUNGKIN KERANA BANYAK PEMBUKAAN LADANG-LADANG POKOK GAHARU BARU-BARU INI….MUNGKIN DI SARAWAK BELUM.

2. NAMUN BANYAK YANG YAKIN BAHAWA MASA HADAPAN GAHARU TETAP CERAH. INI KERANA KEPERLUAN GAHARU DUNIA SEMAKIN MENINGKAT TERUTAMA DALAM PERUBATAN, KECANTIKAN, MAKANAN TAMBAHAN, BARANG KEPERLUAN, WAGIAN(SEJAK BERZAMAN LAGI). MENURUT MAKLUMAT YANG SAYA PEROLEHI POKOK GAHARU MEMPUNYAI MANFAAT YANG BESAR DARI DAUN HINGGALAH KE AKARNYA…. PERKARA NI SUDAH PUN DINYATAKAN DALAM PENULISAN IBNU SINA(SIAPA TAK KENAL KAN) DALAM KITABNYA(LUPALAH NAMA KITABNYA)..PERCAYA TAK PERCAYA SEKARANG INI TAK MUSTAHIL ADA PIHAK YANG TENGAH BUAT KAJIAN.

3. WUJUD JUGA KEBIMBANGAN YANG BERBEZA, DI MANA SESETENGAH PIHAK MENYATAKAN NILAI GAHARU YANG MAHAL BOLEH MEMBAWA PADAH YANG BURUK. RASA RISAU INI MEMANG WAJAR, APA TIDAK… KALAU HARGA MENCECAH 25K PERKILO MANUSIA PASTI TERDORONG UNTUK MENUAINYA TANPA BATASAN… TAK KE HABIS SPESIS GAHARU KITA. BUKTINYA BANYAK ORANG DEWASA TAK KENAL POKOK GAHARU…. INI MENDORONG NEGARA PENGELUAR GAHARU MELETAKKAN POKOK GAHARU SEBAGAI POKOK TERANCAM… KALAU NAK BERGIAT DLM GAHARU MESTI TAHU REJIM PENGAWALANNYA (AKTA )… POKOK TERANCAM LAH TU. TAK MUSTAHIL KALAU ANAK CUCU KITA NANTI TIDAK KENAL GAHARU ATAUPUN POKOK GAHARU DAH PUPUS…. TUNGGU APA LAGI, SETIAP ORANG KENA TANAM LAH….HEHEHE


FIRMAN ALLAH SWT YANG BERMAKSUD;

“DAN JANGANLAH KAMU BERBUAT KEROSAKAN DI BUMI (SETELAH DICIPTAKAN DENGAN BAIK). BERDOALAH KEPADA-NYA DENGAN RASA TAKUT DAN PENUH HARAPAN. SESUNGGUHNYA RAHMAT ALLAH SANGAT DEKAT KEPADA ORANG-ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN.”(AL-A’RAF, 7:56)

GAHARU SARAWAK (SPAOH)


Hirisan gaharu jika di bakar pasti menghasilkan wangian yang semerbak harum... ada juga yang memang sedia wangi tanpa perlu dibakar, tergantung pada kandungan resinnya. Tetapi untuk kegunaan dalam bidang perubatan(hong kong, taiwan dll) pemborong hanya mementingkan kandungan resin gaharu dan bukan kuat atau tidak wagiannya...kecuali pemborong dalam bidang pembuatan wangian(arab), mereka lebih suka gaharu yang kuat wanginya dan menilai gred gaharu berdasarkan wanginya.

SARAWAK & GAHARU

Rasul SAW bersabda yang bermaksud:

Sesiapa jua menanam sepohon pokok, dijaga dengan sabar dan dipeliharanya sehingga berbuah, maka Allah akan mengira buahnya, tidak kira siapa pun yang bermanfaat darinya, sebagai amalan jariah kepada penanamnya.(Riwayat Ahmad)


Tanpa kita sedari, Sarawak amat jauh ketinggalan dalam penanaman pokok karas dan pengeluaran gaharu jika hendak dibandingkan dengan semenanjung Malaysia. Mungkin ramai tidak ambil kisah walaupun industri itu mampu menjanjikan peluang yang sangat lumayan kepada pengusaha.

Walaupun begitu suatu masa dahulu Sarawak sebenarnya merupakan antara pengeksport gaharu terbesar Malaysia. Mungkin pada masa itu gaharu masih banyak di dalam hutan kita. Namun, hakikatnya sekarang kita hanya tahu menuai gaharu yang terhasil secara semulajadi sahaja. Sedangkan di tempat lain teknologi inokulasi untuk menghasilkan gaharu sudah lama diketahui.

Inilah masanya penduduk bumi kenyalang perlu sedar bahawa kita sudah jauh ketinggalan… sedang penduduk negeri lain sibuk menanam pokok gaharu di belakang rumah, kita di Sarawak masih seperti katak bawah tempurung, malah ada yang tidak tahu gaharu… maaflah sekiranya GGL keterlaluan, tapi hakikatnya kita sedar dan mencuba tidaklah rugi. Di Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Bangladesh, India, Vietnam, dll industri gaharu adalah salah satu cara kerajaan mereka untuk membasmi kemiskinan penduduk kampong sejak lama dahulu. Mungkin kerajaan kita belum nampak atau tak nampak ….?

Setakat ini tidak ada ladang gaharu yang diusahakan secara komersial di Sarawak jika dibandingkan dengan Semenanjung. Kenapa ??.

Di semenanjung nak dapat anak pokok gaharu boleh telefon saja, banyak syarikat yang menjual anak pokok dan benihnya. Harga pun dalam RM4 ke atas sepohon, biasanya ikut umur. Kalau di Sarawak ada pihak yang ingin kaya cepat dengan menjual pada harga yang keterlaluan, pernah juga org yang datang kepada GGL untuk mencari bekalan anak pokok memberitahu pernah ditawarkan dengan harga RM 70 hingga RM100 sepohon(tidak tahu pembekal mana). Macam mana gaharu nak maju di Sarawak kalau harga macam tu…………..
Terdapat kira-kira 1,200 hektar ladang karas yang diusahakan oleh syarikat swasta, kerajaan dan individu di semenanjung.

Di Sarawak pula belum ada yang diusahakan secara komersial. Justeru kita perlu mengambil peluang dengan menceburi ladang tanaman karas bagi menjana pertumbuhan ekonomi... pendapatan sampingan.

15 spesies pokok karas yang boleh menghasilkan gaharu termasuk lima spesies di Malaysia. Biasanya spesis yang selalu dijumpai di Sarawak ialah Aquilaria Malaccensis.

Malaysia merupakan negara pembekal ketiga karas terbesar selepas Vietnam dan Indonesia dengan kuota pengeluaran sebanyak 35 peratus. GGL yakin tanaman gaharu ini amat berpotensi untuk dikembangkan di Sarawak memandangkan kita mempunyai tanah yang luas selain faktor cuaca yang sesuai untuk tanaman gaharu. Pokok gaharu boleh ditanam di mana-mana kawasan yang sesuai dengan pokok getah, malah belakang rumah pun boleh ditanam dengan pokok itu. Pantangnya hanyalah tanah paya atau tanah masam. INGIN TAHU LEBIH LANJUT BOLEH EMAIL GGL.. gaharusuper@gmail.com

Tuesday, August 18, 2009

Pokok Gaharu Liar yang dijumpai oleh Group Gaharu Limbang


Pohon gaharu yang unik.... batangnya berkembar tiga... menunggu masa untuk diinokulasi...

Malaccensis dewasa yang terdapat di tanah En. Dubi bukan hanya sepohon sahaja... mungkin ada lima pohon atau lebih. GGL bercadang untuk mencuba inokulan formula dari pontianak untuk pohon ini... InsyaAllah berjaya.

Sedang asyik GGL mencabut anak2 pokok gaharu sempat juga tangkap gambar daunnya sebelum cabut... daunnya lembut.

Inilah pohon Malaccensis dewasa yang dijumpai di tanah En. Dubi yang asalnya pohon pokok ini berkembar dua.

Tuan pokok, En Dubi(otai gaharu Limbang) memerhatikan bekas tuaiannya tahun lepas. Suatu masa dahulu, beliau juga selalu keluar masuk hutan Limbang bersama rakan2nya (penan) mencari gaharu... tidak hairanlah beliau amat kenal akan pohon gaharu ini. Tetapi pada masa itu, beliau belum tahu lagi tentang teknik inokulasi sehinggalah diberi penerangan terperinci daripada GGL. Menurut En.Dubi pokok ini sudah ada sejak ibu beliau masih kecil lagi dan anggaran umur untuk pokok ini ialah lebih 80 tahun.(mungkin lebih)

Seronok juga lama tak masuk hutan... sambil memerhatikan pokok gaharu liar dewasa, tangan pula terasa gatal mahu mencabut anak pokok yang banyak sekali disekeliling pohon besar. Banyak juga yang GGL kumpul.

SUDAH GAHARU CENDANA PULA...

BERITA TENTANG GAHARU SEMAKIN HANGAT DIPERKATAKAN SEKARANG. KUMPULAN GAHARU LIMBANG (GL) TELAH MEMBUAT BEBERAPA KAJIAN DAN RUJUKAN YANG MENDALAM TENTANG GAHARU DAN POTENSI MASA DEPANNYA DI SARAWAK. INILAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH PANTUN MELAYU
"SUDAH GAHARU CENDANA PULA, SUDAH TAHU BERTANYA PULA"
PANTUN INI MEMBERI ERTI YANG MENDALAM SEBENARNYA, DI MANA KITA PERLU MENGAJI DAN MENGKAJI LAGI TENTANG SESUATU ILMU WALAUPUN SUDAH SEDIA TAHU KERANA ISTILAH ILMU INI TIADA PENGHUJUNGNYA.
SUDAH GAHARU CENDANA PULA- MEMBUKTIKAN GAHARU INI SUDAH MENDAPAT PERHATIAN MASYARAKAT DULU APA LAGI JIKA DARI SPESIS CENDANA YANG TERKENAL DENGAN HARUMNYA.
SUDAH TAHU BERTANYA PULA- MASYARAKAT DULU MENGGALAKKAN KITA BERTANYA WALAUPUN KITA SUDAH SEDIA TAHU KERANA MUNGKIN MASIH ADA KEKURANGAN DALAM ILMU YANG KITA MILIKI, APA LAGI DALAM PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PERTANIAN YANG PESAT MAJU SEKARANG.

PENYUNTIKAN GAHARU (inokulan)

Berdasarkan hasil penelitian para ahli, terdapat 17 tumbuhan yang dapat menghasilkan gaharu yaitu Aetoxylon sympetalum, Aquilaria hirta, A. malaccensis, A. microcarpa, A. filarial, A. beccariana, A. cumingiani, Dalbergia parviflora, Enkleia malaccensis, Excoecaria agallocha, Gonystilus bancanus, G. macrophyllus, Wikstroemia androsaemifolia, W. polyantha, W. tenuiramis, Gyrinops verstegi dan G. cumingiani. Di Kalimantan sendiri terdapat 3 jenis pohon penghasil gaharu yaitu Aquilaria microcarpa, A. beccariana dan A. malaccensis. Para ahli menyebutkan bahwa gaharu yang dihasilkan dari pohon genera Aquilaria memiliki mutu dan harga lebih tinggi dibandingkan dengan genera Gonystilus

Menurut para ahli, terbentuknya gaharu berkaitan dengan proses patologis yang dirangsang oleh adanya luka pada batang patah cabang atau ranting. Luka tersebut menyebabkan pohon terinfeksi oleh penyakit (bakteri, jamur atau virus) yang diduga mengubah pentosan atau selulosa pada kayu menjadi resin atau damar yang merupakan campuran sesquiterpena, dienona dan isopronoid. Resin dan damar hasil kinerja penyakit tersebut terkumpul di dalam rongga sel yang dikenal sebagai gaharu. Semakin lama kinerja penyakit berlangsung, kadar gaharu menjadi semakin tinggi. Selain lamanya kinerja penyakit dalam pembentukan gaharu, juga dipengaruhi oleh kandungan resin atau damar. Kandungan resin atau damar merupakan salah satu parameter dalam pengklafikasian kualitas gaharu. Kandungan resin merupakan persyaratan pokok dalam penentuan kualitas gaharu, karena ada tidaknya resin ini menunjukkan ada tidaknya kandungan gaharu dalam kayu gaharu. Kandungan resin yang semakin tinggi dalam kayu gaharu akan mempunyai kualitas yang semakin tinggi pula. Berdasarkan proses pembentukan gaharu di atas, saat ini gaharu dapat dihasilkan dengan cara rekayasa buatan, yaitu dengan penyuntikan menggunakan microorganisme (jamur).