rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

www.facebook.com/KELAB PENCINTA GAHARU (sila click link pada gambar di bawah)

Wednesday, August 19, 2009

SARAWAK & GAHARU

Rasul SAW bersabda yang bermaksud:

Sesiapa jua menanam sepohon pokok, dijaga dengan sabar dan dipeliharanya sehingga berbuah, maka Allah akan mengira buahnya, tidak kira siapa pun yang bermanfaat darinya, sebagai amalan jariah kepada penanamnya.(Riwayat Ahmad)


Tanpa kita sedari, Sarawak amat jauh ketinggalan dalam penanaman pokok karas dan pengeluaran gaharu jika hendak dibandingkan dengan semenanjung Malaysia. Mungkin ramai tidak ambil kisah walaupun industri itu mampu menjanjikan peluang yang sangat lumayan kepada pengusaha.

Walaupun begitu suatu masa dahulu Sarawak sebenarnya merupakan antara pengeksport gaharu terbesar Malaysia. Mungkin pada masa itu gaharu masih banyak di dalam hutan kita. Namun, hakikatnya sekarang kita hanya tahu menuai gaharu yang terhasil secara semulajadi sahaja. Sedangkan di tempat lain teknologi inokulasi untuk menghasilkan gaharu sudah lama diketahui.

Inilah masanya penduduk bumi kenyalang perlu sedar bahawa kita sudah jauh ketinggalan… sedang penduduk negeri lain sibuk menanam pokok gaharu di belakang rumah, kita di Sarawak masih seperti katak bawah tempurung, malah ada yang tidak tahu gaharu… maaflah sekiranya GGL keterlaluan, tapi hakikatnya kita sedar dan mencuba tidaklah rugi. Di Negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Bangladesh, India, Vietnam, dll industri gaharu adalah salah satu cara kerajaan mereka untuk membasmi kemiskinan penduduk kampong sejak lama dahulu. Mungkin kerajaan kita belum nampak atau tak nampak ….?

Setakat ini tidak ada ladang gaharu yang diusahakan secara komersial di Sarawak jika dibandingkan dengan Semenanjung. Kenapa ??.

Di semenanjung nak dapat anak pokok gaharu boleh telefon saja, banyak syarikat yang menjual anak pokok dan benihnya. Harga pun dalam RM4 ke atas sepohon, biasanya ikut umur. Kalau di Sarawak ada pihak yang ingin kaya cepat dengan menjual pada harga yang keterlaluan, pernah juga org yang datang kepada GGL untuk mencari bekalan anak pokok memberitahu pernah ditawarkan dengan harga RM 70 hingga RM100 sepohon(tidak tahu pembekal mana). Macam mana gaharu nak maju di Sarawak kalau harga macam tu…………..
Terdapat kira-kira 1,200 hektar ladang karas yang diusahakan oleh syarikat swasta, kerajaan dan individu di semenanjung.

Di Sarawak pula belum ada yang diusahakan secara komersial. Justeru kita perlu mengambil peluang dengan menceburi ladang tanaman karas bagi menjana pertumbuhan ekonomi... pendapatan sampingan.

15 spesies pokok karas yang boleh menghasilkan gaharu termasuk lima spesies di Malaysia. Biasanya spesis yang selalu dijumpai di Sarawak ialah Aquilaria Malaccensis.

Malaysia merupakan negara pembekal ketiga karas terbesar selepas Vietnam dan Indonesia dengan kuota pengeluaran sebanyak 35 peratus. GGL yakin tanaman gaharu ini amat berpotensi untuk dikembangkan di Sarawak memandangkan kita mempunyai tanah yang luas selain faktor cuaca yang sesuai untuk tanaman gaharu. Pokok gaharu boleh ditanam di mana-mana kawasan yang sesuai dengan pokok getah, malah belakang rumah pun boleh ditanam dengan pokok itu. Pantangnya hanyalah tanah paya atau tanah masam. INGIN TAHU LEBIH LANJUT BOLEH EMAIL GGL.. gaharusuper@gmail.com

No comments: