rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

www.facebook.com/KELAB PENCINTA GAHARU (sila click link pada gambar di bawah)

Saturday, September 8, 2012

INFUSE BARU 7-8 BULAN


assalamualaikum wr.wb.

Foto projek di kalimantan selatan umur diameter pokok 25cm 
diinjeksi dengan inokulan infuse baru 7-8 bulan 


Batang pokok kulit di kupas tampak sudah ada resin terbentuk pada bagian bawah kulit bintik-bintik hitam.


 pada DAHAN pokok tampak kulit pokok berubah tidak halus lagi, ranting cabang pokok di potong halus dan tampak resin juga sudah mulai terbentuk didalam ranting tampak ada bintik-bintik hitam memanjang di dalamnya.



Hasil sampel diambil dari dalam lubang bor batang pokok tampak warna sudah berubah dan wangi.

Gred masuk dalam kualiti kemendangan.




TANAM AQUILARIA MALACCENSIS

Gaharu Aquilaria malaccensis memiliki komponen minyak chromone yang tidak dimiliki jenis gaharu yang lain, 

Gaharu berupa resin padat yang terdapat dalam jaringan kayu pada dasarnya memiliki enam komponen utama iaitu furanoid sesquiterpene (a-agarofuran, bagarofuran dan agarospirol), furanoid sesquiterpene, chromone (dari jenis A. malacensis), sequiterpenoida, eudesmana, dan valencana. Kandungan tersebut membuat ciri khas gaharu seperti chromone yang memberikan aroma yang harum.
Jadi tidak benar kalau A.crassna dan A.subintegra lebih harum dari pada A.malaccensis.

Pemanfaatan gaharu yang paling banyak adalah dalam bentuk bahan baku (bongkah kayu, cacahan, habuk). Aroma wangi atau harum dengan cara membakar secara sederhana banyak dilakukan oleh masyarakat Timur Tengah (seperti Saudi Arabia, Uni Emirat Arab, Yaman, Oman), sedangkan penggunaan yang lebih bervariasi banyak dilakukan di Cina, Korea, dan Jepun seperti bahan baku industri minyak wangi, ubat-ubatan, kosmetik, dupa, dan pengawet berbagai jenis aksesori serta untuk keperluan kegiatan relijius.
Perkembangan teknologi kedoktoran telah membuktikan secara klinikal bahawa gaharu dapat dimanfaatkan sebagai ubat seperti anti asmatik, anti mikroba, stimulant kerja saraf dan pencernaan. Di Cina kuno, Gaharu digunakan sebagai ubat sakit perut, perangsang nafsu berahi, penghilang rasa sakit, kanser, diare, tersedak, ginjal, paru-paru, dll. Di Eropa, gaharu diperuntukkan sebagai ubat kanser. Di India, gaharu juga dipakai sebagai ubat tumor usus. Disamping itu, di beberapa negara seperti Singapura, Cina, Korea, Jepun, USA sudah mengembangkan gaharu ini sebagai ubat-ubatan seperti penghilang stres, gangguan ginjal, sakit perut, asma, hepatitis, sirosis, pembengkakkan liver dan limpa.(edo wd, 2010)

Menurut hasil penelitian memang diakui bahwa A.crassna memiliki pertumbuhan batang pokok yang lebih cepat, tetapi pertanyaannya mengapa kita tidak memperjuangkan pokok gaharu asli borneo yang banyak tersebar dan ternyata memiliki kelebihan dibandingkan dengan jenis gaharu yang lain.

Hasil percubaan membuktikan bahawa inokulan dari kalimantan (borneo) bereaksi positif terhadap hasil panen gaharu A.malaccensis, jadi untuk apa kita kembangkan pokok gaharu asli daerah yang berseberangan dengan iklim dan kondisi tanah di borneo.

A.malaccensis memiliki banyak kelebihan dan lebih lengkap komponen minyaknya, dan sebaiknya kita mengunakan inokulan asli borneo karena bersesuaian dengan iklim dan kondisi tanah sehingga respon positif akan kita dapatkan.

Di Indonesia hasil penelitian beberapa ahli mengatakan belum lagi ditemukan inokulan yang bersesuaian dengan A.crassna yang di tanam di beberapa wilayah indonesia termasuk borneo, sehingga untuk apa kita tanam jenis pokok gaharu yang lain yang tidak bersesuaian dengan wilayah borneo sedangkan kita memiliki A.malaccensis di depan mata yang harus kita kembangkan dan insyaallah harga pasarannya akan stabil di dunia internasional dengan KELEBIHAN YANG  TIDAK DIMILIKI JENIS GAHARU YANG LAIN. SEMOGA MAJU SELALU

HASIL SUNTIKAN INFUSE POKOK MALACCENSIS HUTAN

Projek di Kalimantan Selatan

Diameter pokok lebih 50 cm.
Diinjek dengan Inokulan Infus baru.
Tempoh diinjek 2 tahun 8 bulan.

Projek di tuai awal atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan kerana lokasi pokok berada dalam kawasan tanah pemerintah/kerajaan.

Status projek sebenarnya masih belum pada tempoh matang/maksima tindakbalas inokulan.

Biasanya pokok hutan saiz ini memerlukan tempoh 3.5 tahun ke atas untuk mengeluarkan hasil maksima, tergantung  pada tindakbalas pokok itu sendiri.







Inilah dahan pokok yg berisi resin.

Hasil sampel diambil dari dalam lubang bor batang pokok tampak warna sudah berubah dan wangi.










Berdasarkan tempoh projek pengusaha tidak menyangka hasil yang diperolehi.

 Sebahagian Gaharu yg sudah dibersihkan

Potongan gaharu yg berisi resin yg akan dibersihkan

 Proses pembersihan gaharu

Friday, October 28, 2011

TEKNIK INOKULASI BARU.. LEBIH HASIL.. LEBIH KUALITI


DENGAN FORMULA BARU INOKULAN BOLEH MENYERAP CEPAT KE ATAS DAN BAWAH BATANG & DAN RESIN YANG TERBENTUK AKAN MEMANJANG
INOKULAN TETAP AKTIF WALAUPUN TERDEDAH KEPADA CAHAYA MATAHARI ATAUPUN SUHU YG BERBEZA SEMASA INOKULASI DILAKUKAN


CECAIR INOKULAN YG GAGAL MENYERAP KE DALAM BATANG POKOK AKAN KEKAL AKTIF WALAUPUN DIBIARKAN SEHINGGA 1 BULAN MELAINKAN CECAIR TERGANGGU OLEH BAHAN LAIN SPT AIR HUJAN BAHAN ASING





 



PANDUAN TEKNIK INOKULASI POKOK GAHARU SISTEM INFUS :

Alat dan bahan:
  1. Inokulan gaharu
  2. Botol air mineral kosong
  3. Hos air plastik ukuran sama dengan lubang bor
  4. Gam besi/silikon (gam campur- hitam & putih ) untuk melekatkan tutup botol dengan hos agar tidak bocor 
  5. Mata bor kayu ukuran 1/2 inchi/13mm untuk pokok besar boleh menggunakan lubang yg lebih besar sedikit bg mempercepatkan proses penyerapan.
  6. Drill elektrik
  7. Alkohol untuk mensteril alatan dan lubang
  8. Pasak kayu untuk menutup lubang bor
  9. Gam plastik untuk menutup bocor antara lubang bor pada pokok dan hos
  10. Tali
  11. Paku
Cara pengerjaan :
  1. Ukur diameter pokok dengan cara = ukur lilit bahagi 3.14
  2. Buat alat infus dengan cara siapkan botol air mineral kosong. Lubangkan penutup botol seukuran hos plastik kemudian lekatkan hos plastik dengan gam besi/silikon, biarkan kering (dibuat sebelum memulakan projek injeksi).
  3. Tentukan titik bor pertama 1 meter dari pangkal pokok, bor dengan arah condong  45 darjah ke bawah  sedalam 1/3 diameter pokok
  4. *bahagian yg akan terbentuk resin adalah bahagian 2/3 batang pokok
  5. Contoh: jika keperluan  inokulan 3 kg (diameter 20-28 cm) maka lubang bor adalah 6 lubang, kerana setiap lubang akan diisi 500 gram inokulan. ( saranan; satu lubang dimasukan 500 gram inokulan) Rujuk jadual keperluan inokulan berdasarkan diameter pokok dalam jadual di bawah:
  6. Jarak lubang bor 1 dengan lubang bor 2 adalah 15 cm ke sisi dan 15 cm ke atas
  7. Kemudian masukkan alat infus yang sudah dibuat, bagian hujung hos dimasukkan ke dalam lubang bor sepenuhnya dan rapat kemudian agar cairan inokulan tidak menitis keluar dari sisi-sisi mulut lubang bor di berikan gam dan biarkan kering.
  8. Ikat dengan tali plastik bahagian bawah botol dan gantungkan pada paku yang sudah dipakukan pada batang pokok atau botol diikat pada kayu yg telah dipakukan pada batang pokok.
  9. Potong sebahagian bahagian bawah botol dengan pisau carter  untuk memasukkan cairan inokulan sebanyak maksimal 500 gram.
  10. Biarkan cairan di dalam botol habis terserap ke dalam pokok, biasanya sebelum 12 jam cairan inokulan sudah habis diserap pokok.
  11. Setelah cairan habis terserap pokok buka alat infus dan tutup lubang rapat dengan pasak kayu.
  12. Sekiranya cecair gagal menyerap proses boleh dibiarkan beberapa hari dan pastikan cecair tidak terdedah dengan bahan lain.
  13. Diigatkan: setiap pokok biasanya akan mengalami proses/tempoh pembetukan resin yang berbeza-beza dan salah satu alasannya adalah pengaruhi oleh sistem pokok itu sendiri.
JADUAL KEPERLUAN INOKULAN

DIAMETER POKOK (cm)                        DOS INOKULAN(Kg)

15 - 19                                                                                2

20 - 28                                                                                3

29 - 33                                                                                4

34 - 43                                                                                5

44 - 48                                                                                6

49 - 58                                                                                7

59 - 63                                                                                8

64 - 73                                                                                9

74 - 78                                                                               10

79 - 80                                                                               11



GAMBAR RAJAH TEKNIK INFIUS
Diameter 15 cm = 2 kg
500g = 1 lubang
2 kg = 4 lubang

Wednesday, August 18, 2010

PASARAN INOKULAN DIPERLUASKAN KE SELURUH BORNEO DAN INDONESIA

KEPADA SEMUA PENGUSAHA GAHARU YANG BERMINAT UNTUK MENCUBA INOKULAN KAMI... SEKARANG PASARAN KAMI DILUASKAN KE SELURUH BORNEO DAN INDONESIA.
JANGAN LEPAS PELUANG!

Monday, August 16, 2010

PROJEK AQUILARIA MALACCENSIS DAN INOKULASI

BEBERAPA TAHUN YANG LALU, GROUP GAHARULIMBANG TELAH BERKENALAN DENGAN SEORANG PENGUASAHA GAHARU DAN INOKULAN DARI KALIMANTAN. KAMI TELAH MENJALANKAN SEDIKIT KERJASAMA DALAM USAHA MEMPERKENALKAN LAGI SPESIS POHON GAHARU YANG TERKENAL DI BORNEO IAITU AQUILARIA MALACCENSIS.
DI BAWAH INI ADALAH SERBA SEDIKIT MAKLUMAT YANG KAMI BOLEH RUMUSKAN BERKAITAN GAHARU BORNEO YANG SANGAT TERKENAL DI MATA PEMBELI GAHARU TIMUR TENGAH WALAUPUN BANYAK PENGUSAHA-PENGUSAHA TIDAK MENYEDARINYA. 
Gaharu Aquilaria Malaccensis memiliki komponen minyak CHROMONE yang tidak dimiliki jenis gaharu yang lain.
Gaharu berupa resin padat yang terdapat dalam jaringan kayu pada dasarnya memiliki enam komponen utama iaitu furanoid sesquiterpene (a-agarofuran, bagarofuran dan agarospirol), furanoid sesquiterpene, chromone (dari jenis A. malacensis), sequiterpenoida, eudesmana, dan valencana. Kandungan tersebut membuat ciri khas gaharu seperti CHROMONE yang memberikan aroma yang harum.
Jadi tidak benar kalau A.crassna dan A.subintegra lebih harum dari pada A.malaccensis.
Manfaat gaharu yang paling banyak adalah dalam bentuk bahan baku (kayu bulatan, kepingan, serbuk). Aroma wangi atau harum dengan cara membakar secara sederhana banyak dilakukan oleh masyarakat Timur Tengah (seperti Saudi Arabia, Uni Emirat Arab, Yaman, Oman), sedangkan penggunaan yang lebih bervariasi banyak dilakukan di Cina, Korea, dan Japan seperti bahan baku industri parfum, ubat-ubatan, kosmetik, dupa, dan pengawet berbagai jenis asesoris serta untuk keperluan kegiatan relijius.
Perkembangan teknologi kedoktoran telah membuktikan secara klinikal bahwa gaharu dapat dimanfaatkan sebagai ubat seperti anti asma, anti mikroba, stimulant kerja saraf dan pencernaan. Di Cina kuno, Gaharu digunakan sebagai ubat sakit perut, perangsang nafsu berahi, penghilang rasa sakit, kanser, diare, tersedak, ginjal, paru-paru, dll. 
Di Eropah, gaharu diperuntukkan sebagai ubat kanser. Di India, gaharu juga dipakai sebagai ubat tumor usus. Disamping itu di beberapa negara seperti Singapura, Cina, Korea, Japan, USA sudah mengembangkan gaharu ini sebagai ubat-ubatan seperti penghilang stres, gangguan ginjal, sakit perus, asma, hepatitis, sirosis, pembengkakan liver dan limpa.(edo wd, 2010)
Menurut hasil penelitian memang diakui bahwa A.crassna dan A.subintegra memiliki pertumbuhan batang pokok yang lebih cepat, tetapi pertanyaannya mengapa kita tidak memperjuangkan pokok gaharu asli borneo yang banyak tersebar yang ternyata memiliki kelebihan dibandingkan dengan jenis gaharu yang lain.
Hasil percubaan membuktikan bahawa inokulan dari kalimantan (borneo) bereaksi positif terhadap hasil tuaian gaharu A.malaccensis, jadi untuk apa kita kembangkan pokok gaharu asli daerah yang berseberangan dengan iklim dan kondisi tanah di borneo.
A.malaccensis memiliki banyak kelebihan dan lebih lengkap komponen minyaknya, dan sebaiknya kita mengunakan inokulan asli borneo karena bersesuaian dengan iklim dan kondisi tanah sehingga respon positif akan kita dapatkan.
Di Indonesia hasil penelitian beberapa ahli mengatakan belum lagi ditemukan inokulan yang bersesuaian dengan A.crassna yang di tanam di beberapa wilayah indonesia termasuk borneo, sehingga untuk apa kita tanam jenis pokok gaharu yang lain yang tidak bersesuaian dengan wilayah borneo sedangkan kita memiliki A.malaccensis di depan mata yang harus kita kembangkan dan insyaallah harga pasarannya akan stabil di dunia international dengan KELEBIHAN YANG  TIDAK DIMILIKI JENIS GAHARU YANG LAIN. SEMOGA MAJU SELALU





DI BAWAH INI ADALAH FOTO
INOKULASI A.MALACCENSIS 2007-2010

hasil tuaian 1 tahun setelah suntik


hasil suntik 1 tahun gaharu


hasil suntik 2 bln gaharu

hasil suntik 3 bulan gaharu

hasil suntik 6 bulan gaharu

hasil suntik gahru 18 hari

ANDA PERCAYA KAMI BOLEH MEMBANTU.. 
SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.. SERTA KHIDMAT NASIHAT

Saturday, December 26, 2009

TASBIH CENDANA JAWA



TASBIH DARIPADA GAHARU (SPESIS CENDANA-AQUILARIA HIRTA). BERASAL DARI KEPULAUAN JAWA DAN SENTIASA MENGHASILKAN AROMA YANG SANGAT HARUM.

Ada juga pendapat mengatakan bahawa cendana adalah spesis (santalum album'-sandalwood)
NAMUN BEGITU, MERUJUK PADA BEBERAPA BUAH BUKU YANG SAYA BACA CENDANA ADALAH (AQUILARIA HIRTA) (BUKU "GAHARU-WANG TUMBUH DI ATAS POKOK" KARYA ROSLI BIN YAAKOP)

BADEK SARIBAS - HULU DAN SARUNG DIPERBUAT DARIPADA GAHARU